Akhirnya penantian Papa dan Mama selama 9 bulan 10 hari akhirnya tiba pada jam 00.50 pagi Jumaat pada 17/12/2010 di Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia(PPUKM) Cheras. Kelahiran seorang putera seberat 4.2 kg secara kelahiran normal membuat hati Papa sayu melihat Mama yang menahan sakit dari tengah hari sampaila saat kelahirannya. Papa sentiasa berada di sisi Mama untuk bagi kata-kata semangat untuk menguatkan lagi hati Mama ketika itu. Mama seorang yang kuat dan tabah kerana setiap kesakitan Mama harungi dengan sabar membuatkan Papa berasa sebak melihat wajah Mama yang menahan sakit sampai menitiskan air mata..
Jelas terpancar di raut wajah Mama yang dia tidak tahan lagi menahan kesakit itu tetapi demi anak yang dikandung itu Mama kuatkan juga semangatnya itu. Kalau la Papa dapat menggantikan tempat Mama ketika itu sememangnya Papa akan lakukan.. Ini kerana Papa tidak sanggup melihat Mama menahan sakit sebegitu rupa. Mungkin kesakitan ini disebabkan kelahiran secara paksa disebabkan bayi dalam kandungan besar mengikut scan terakhir yang di buat oleh doktor pakar seberat 4.1 kg. Doktor menasihatkan kami supaya menjalan operation sekiranya Mama mempunyai masalah kencing manis. Tetapi syukur Alhamdulillah tiada.
Tepat pukul 1230 tengah hari mama telah dimasukkan ubat untuk dipaksa bersalin lebih awal kerana tidak mahu ambil risiko baby akan menjadi lebih sihat lagi..heheheee... Al maklum la Mama ni nak makan ape saje sebab masa pantang nanti dah takleh makan sedap2 lagi...Jangan marah Mama...Pada pukul 230 petang doktor check pintu dah terbuka 4 cm dan doktor memecah air takungan Mama. Selepas itu Mama terus dibawa ke labor room untuk menanti kelahiran.. Dalam hati Papa mungkin sekejap jer kut ni pastu bersalin la.. rupa-rupanya setiap 2 jam sekali pintu akan di check.( akan disambung citernya)
No comments:
Post a Comment